Butang ungu

Bunga butang, butang ungu atau butang merah jambu (bahasa Inggeris: pink bachelor's button) ialah spesies tumbuhan berbunga dari famili Amaranthaceace. Nama saintifiknya ialah Gomphrena globosa.Bunga pokok bunga butang berbentuk bulat, mempunyai banyak bunga dan ditanam melalui biji benih. Bunganya didapati muncul selepas 40 hari ditanamn. Pokok ini digelar juga dengan nama bunga empat puluh hari.